Tuesday, 26 May 2015

Resepi Pau Sambal

Assalamualaikum.. Maaf utk berjuta kalinya.. Resepinya lmbat lg dikongsikan atas sebab2 yang xdlm Niza elakkan..maklum la ade bby kecik ni susah sket nak curi masa nk updated entry di blog ni..kalau upload picture di FB mudah je....pas sudah masak snap gmbar n terus pos...heheh.. Xpela janji tetap Niza kota kan. Kat bawah tu ada resepi pau sambal yang ramai, ramai2 n terlalu ramai pm,whatsapp dll ( nak bgtau resepi ni tersgt hot permintaannya hihihi).. Niza kongsikan resepi ni utk sama2 kita manafaatkan.. Niza pun dpt resepi dari org lain jgk..jd ape salahnya kite kongsi2 kan bersama...xsalah kot... Oh ye,, Niza mmg xsuka letak timun dalam pau tu sbb nnt timun tu suka berair,,,kalau kawan2 suka boleh je add timun kat celah pau tu mcm yg kita beli kat pasar2 malam tu..xdosa pun.. :D  Pada yg sudi cuba tu terima kasih Niza ucapkan.. Kalau dah buat nnt jgn lupa beri komen n kongsi dgn Niza semula ye! 
Daaaaa.....




RESEPI PAU SAMBAL

Bahan A
11gm yis kering
2 sdb gula
375ml air suam

Bahan B
500gm tepung
2 sdb marjerin/shortening
Sedikit garam
½ sdt soda bikarbonat

Caranya :

✔Satukan bahan A ke dlm satu bekas. 
✔Biar sehingga berbuih.
Dalam bekas yang berbeza campurkan semua bahan B dan gaulkan sehingga bersatu @ berderai.
✔Masukkan bahan A ke dalam bahan B. 
✔Uli bahan tersebut sehingga tdk melekat di tapak tgn. (Jika adunan terlalu lembik boleh tambahkan tepung sedikit demi sedikit jgn terlalu keras doh nya ye)
✔Rehatkan doh lebih kurang 15 minit. 
✔Selepas tempoh tersebut uli semula dan bolehkan terus membentukkan doh tersebut bulat-bulat. Niza buat sebiji tu beratnya 40gm. 
✔Rehatkan semula doh yang siap di bentuk itu selama 15minit lg.
Cukup 15 minit boleh terus goreng dengan api yang sederhana ( jgn terlalu besar api nya bimbang nnt pau nya masak diluar mentah didlm so....hati2.....
✔Sentiasa balik2 kan supaya bentuknya bulat sekata n juga masak keseluruhannya. 
✔Setelah masak toskan. 
✔Potongkan pau tersebut dan isi lah sambal kesukaan korang semua..
✔Siap!

P/s : utk mengelakkan doh yang telah siap dibentuk td melekat di dulang, bolehlah taburkan sedikit tepung pada permukaan dulang tersebut... Selamat Mencuba!

Saturday, 23 May 2015

DAGING LADA HITAM

Assalamualaikum..
 Maaf pada yang pm @ mahupun yg komen minta resepi aritu aru arini ada kesempatan taip resepi yang simple ni..
 Harap xde yang kecil hati sbb lambat..
kat bawah tu
 resepi nya ye! 
Pada sesiapa yg nak kan rase bahang tu lebih boleh add lada hitam tu lebih2 hehe.. 




RESEPI DAGING LADA HITAM

✔200-300gm daging batang pinang (dihiris nipis)
✔5 ulas bawang putih (diketuk)
✔3 inci halia (dihiris memanjang)
✔½ biji lada benggala merah & hijau (potong ikut suka)
✔1 biji bawang holland (hiris memanjang)
✔3 sdb lada hitam yang telah ditumbuk (kalau nak letak lebih pun boleh)
✔2 sdb kicap pekat
✔2 sdb kicap cair
✔2-3 cwn air (ikut suka kalau nk byk kuah boleh lebihkan air)
✔Sedikit tepung jangung@ubi 
✔Garam
✔Gula

Caranya :
Panaskan minyak.
Tumiskan bawang putih & halia sehingga keperangan. 
Masukkan daging dan goreng sehingga air daging kering.
Kemudian masukkan lada hitam, kicap pekat & kicap cair gaul rata. 
Masukkan air tunggu hingga mendidih, sesudah itu masukkan lada benggala & hirisan bawang holland. 
Rasa. 
Kalau ada yang kurang boleh tambah garam n gula sedikit.. 
Yang terakhir masukkan bancuhan tepung ubi@jagung mengikut kepekatan yang anda suka.. 
Siap!

P/S : resepi ni bole jugak ditukar kepada ayam @ hati


SELAMAT MENCUBA!